BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 12 Julai 2011

Malaysia Vs Arsenal|Jelajah Asia 2011

Assalamulaikum....




Nazr sebagai peminat Arsenal turut rasa berbangga selepas Arsenal Football Club menyatakan yang pasukan utama mereka akan beraksi menentang Malaysia pada sesi pra-musim nanti. Bukan senang nak dapat peluang untuk bertemu dengan pemain dan kelab pujaan kan? Sudah tentu peminat setia Arsenal di Malaysia senyum sampai telinga selepas mendengar berita ini. Hehe! Memang tidak sabar melihat aksi skuad Malaysia menentang Arsenal. Walaupun, Nazr peminat Arsenal, tetapi Nazr ingin lihat Malaysia mampu memberi ancaman kepada benteng skuad Arsenal.


Malaysia akan bertemu The Gunners(Arsenal) pada 13 Julai ini,Rabu.Perlawanan ini akan diadakan di Stadium Bukit Jalil jam 8:45 malam.Ketua jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk K.Rajagobal menjadikan perlawanan menentang kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Arsenal Rabu ini sebagai medan persiapan pasukannya menghadapi Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 bertemu Singapura tidak lama lagi.
Selain itu Penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat bakal diturunkan dalam kesebelasan utama.Sebelum ini, Khairul Fahmi, mengalami kecederaan setelah dirempuh pemain Lubnan ketika beraksi mewakili skuad Olimpik dalam pusingan kedua kelayakan Olimpik yang mengakibatkan kecederaan bahu kanan.Penyerang negara Safee Sali dijangka tidak beraksi pada perlawanan ini kerana belum pulih sepenuhnya dari kecederaan yang dialami.

Untuk makluman peminat bola sepak,Tiket bagi perlawanan bola sepak persahabatan antara Malaysia dan Arsenal Rabu ini masih ada.Meskipun venue perlawanan, Stadium Nasional di Bukit Jalil, mampu memuatkan 100,000 penonton, penganjur mengehadkan tiket kepada 85,000. Tiket-tiket perlawanan di antara Malaysia melawan Arsenal sudah mula dijual sejak 27 Mei dengan harga RM58, RM68 dan RM108, manakala tiket VIP yang bernilai RM388 terhad kepada orang ramai di cawangan butik Nike terpilih dan cawangan Ticketpro di seluruh negara. Untuk menempah tiket secara online, anda boleh ke laman webwww.ticketpro.com.my.

Perlawanan tersebut akan berlangsung pada :
13 Julai 2011, Rabu

Stadium Nasional Bukit Jalil

8.45 malam






0 ulasan:

Catat Ulasan