BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 4 Julai 2011

LARANGAN TERHADAP PELAJAR DARIPADA TERLIBAT DALAM PERHIMPUNAN BERSIH 2.0



Saudara/i,

LARANGAN TERHADAP PELAJAR DARIPADA TERLIBAT DALAM PERHIMPUNAN BERSIH 2.0

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadualkan akan diadakan pada 9 Julai 2011 ini di sekitar Kuala Lumpur adalah perhimpunan haram yang mana perhimpunan tersebut tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa.

3. Seterusnya adalah dimaklumkan bahawa menyertai perhimpunan haram adalah kesalahan mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dan boleh dikenakan tindakan digantung pengajian atau dibuang.

4. Oleh yang demikian, pelajar-pelajar adalah diingatkan untuk tidak terlibat atau menyertai perhimpunan tersebut sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sekiranya terdapat pelajar-pelajar yang didapati terlibat atau menyertai perhimpunan haram tersebut, mereka akan dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak Universiti.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.


0 ulasan:

Catat Ulasan