BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 28 Julai 2011

Malaysia menentang Singapura | 28 Julai 2011

ASSALAMUALAIKUM...

ape kabar semua peminat bola sepak tanahair??? sudah agak lame Nazr tidak meng"update" blog ni...Jadi kesempatan ini ingin melahirkan rasa berbangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh malaysia ketika menentang Singapura sewaktu di Stadium Jalan Besar. Walaupun dibolosi sebanyak 4 gol pada separuh masa pertama. Namun di susuli dengan layangan kad merah terhadap kapten serta perancang skuad negara iaitu Safiq Rahim kerana didakwa mengasari lawan pada minit 49..Namun, tuah memihak kepada malaysia apabila pemain pertahanan Singapura dilayangkan kad kuning kedua....

Dengan semangat juang yang tinggi, Malaysia mampu menambah gol dalam masa 5 minit hasil jaringan Hadi Yahya dan Safee sali. singapura juga mampu menambah satu lagi gol dan berakhir dengan keputusan 5-3. Dengan defisit 2 gol, mampukah Malaysia menumbangkan Singapura???Namun harus diingatkan bahawa malaysia membawa bekalan 3 gol di tempat lawan yang seharusnya digunakan sebaik nya...
















MENCARI dua gol dalam pertemuan dengan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini sebenarnya bukan satu misi yang sukar buat skuad bola sepak negara.

Tewas 3-5 pada aksi pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 minggu lepas tidak seharusnya menjadi alasan buat Malaysia menyerah kalah sebelum berjuang.

Sebaliknya, tiga gol yang dihasilkan di tempat lawan itu seharusnya dianggap sebagai kelebihan dan dijadikan azimat kepada anak-anak buah Datuk K. Rajagobal untuk meruntuhkan keegoan Singapura.

Apa yang paling penting adalah kawalan ketat kepada pemain import berusia 41 tahun, Alexandar Duric. pemain ini nampak mudah melepasi pertahanan Malaysia.


video streaming akan diberikan sebelum permainan bermula...jadi tunggu!!!!







Rabu, 20 Julai 2011

MALAYSIA VS CHELSEA 21 JULAI 2011|STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL


BERITA gembira buat penyokong fanatik Chelsea di negara ini apabila naib juara Liga Perdana England musim 2010/11 itu akan mengadakan satu perlawanan persahabatan dengan skuad Malaysia. Perlawanan persahabatan yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ini akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada pukul 8.45 malam. Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea dijadualkan menentang Malaysia pada 21 Julai di Stadium Nasional Bukit Jalil, dalam siri lawatannya ke Asia.



Kali terakhir perlawanan persahatan Malaysia VS Chelsea pada tahun 2008,Jom Kita imbas kembali perlawanan tersebut



kepada yg tidak dapat menonton secara langsung atau di stadium...boleh menonton secara streaming disini.

link streaming akan diberi sebelum sepak mula..

Rabu, 13 Julai 2011

REVIEW HIGHLIGHT | MALAYSIA VS ARSENAL | 13 JULAI 2011



Assalamualaikum..

kekalahan kepada Arsenal dengan 4-0 tidak mampu dibendung lagi...ternyata Arsenal terlalu tinggi kelas nya berbanding Malaysia. Tambahan lagi, Astro tidak dapat mnyiarkan secara langsung..Khairul Fahmi yang nampak mudah di ayamkan oleh pemain arsenal manampakkan pemain pertahanan hanya mampu melihat sahaja...tetapi kekalahan ini untuk melihat kekurangan agar dapat diperbaiki sebelum bertemu Singapura 27 julai ini...







“Live Streaming Malaysia vs Arsenal | Siaran Langsung 13 Julai 2011” Read more about Live Streaming Malaysia vs Arsenal | SIaran Langsung 13 Julai 2011

Malaysia vs Arsenal

“Seperti yang kita sedia maklum, perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Arsenal akan berlangsung pada 13 Julai 2011 jam 8.45 mlm di Stadium Nasional Bukit Jalil. Tiket untuk perlawanan Malaysia vs Arsenal boleh dibeli melalui online di www.ticketpro.com.my yang boleh dibeli dengan harga RM58, RM68, RM108 dan RM388.”

walaubagaimanapun, seperti yang telah dilaporkan oleh Astro dan disahkan bahawa tiada siaran langsung bagi perlawanan antara Malaysia menetang Arsenal.Fuhh!!!SEDIH BETOL LA TGK MCMNI.....X DAPAT TGOK!!!tp tkpe la...kat bawah ni..Nazr ade menyediakan live streaming utk menyaksikan live di internet...

“Senarai pemain Arsenal yang akan turun menentang Malaysia:
 Wojciech Szczesny, Vito Mannone, Sebastien Squillaci, Johan Djourou, Kieran Gibbs, Carl Jenkinson, Laurent Koscielny, Andrey Arshavin, Marouane Chamakh, Ryo Miyaichi, Armand Traore, Thomas Vermaelen, Bacary Sagna, Theo Walcott, Alex Song, Jack Wilshere, Tomas Rosicky, Denilson, Aaron Ramsey, Emmanuel Frimpong, Samir Nasri, Carlos Vela, Robin van Persie”

Video live streaming Malaysia vs Arsenal :







RAHMAT DISEBALIK SAKIT YG KITA HADAPI.

Assalamualaikum...

Hari ini Nazr nak bercerita sedikit tntg sakit..Pasti semua orang pernah sakit. Tidak kira sakit tu teruk atau tidak, pasti nye kita mahu mengelak daripada sakit kn???Tapi sebenarnye byk hikmah dan rahmat disebalik sakit yang kita hadapi...bacalah artikel dibawah..wwwooppp..

1) Menghapus dosa

Ini adalah keutamaan yang besar daripada Allah s.w.t kerana dengan sakit yang dideritai seorang Muslim, dosa yang pernah dilakukannya terhapus kerana penderitaannya dalam menghadapi penyakit menjadi kifarah (penebus) dosanya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada seorang mukmin yang rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya” (Hadis riwayat Bukhari).

Tetap mendapatkan pahala daripada amal kebaikan yang biasa dilakukannya ketika sihat

Ini kerana orang yang sakit tidak dapat menjalankan amal kebaikan itu bukan kerana dia tidak mahu tetapi dalam keadaan sakit.

Umpamanya jika kita selalu ke masjid untuk solat berjemaah, kita mendapat pahala yang besar, setiap langkah kita ke masjid diangkat sebagai darjat dan dihapuskan satu kesalahannya.

Malah malaikat pasti berselawat kepada kita. Tetapi, ketika kita sakit, kita tidak mampu untuk ke masjid, Allah tetap bagi pahala kepada kita sama seperti kita solat di masjid.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila salah seorang hamba sakit atau berpergian (safar), maka Allah mencatat pahalanya seperti pahala amal yang dikerjakannya ketika dia tidak berpergian atau sihat.” (Hadis riwayat Bukhari).

Di dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang menguatkan lagi hadis di atas: “Apabila seorang hamba sakit sedang dia biasa melakukan suatu kebaikan, maka Allah berfirman kepada malaikat: “Catatlah bagi hamba-Ku pahala seperti yang biasa ia lakukan ketika sihat.” (Hadis riwayat Abu Hanifah).

2) Memperoleh pahala kebaikan

Segala sesuatu yang terjadi pada manusia pasti ada hikmahnya. Seorang Muslim yang sabar dalam menghadapi sakit maka baginya pahala kebaikan.

Rasulullah bersabda: “Tiada seorang Muslim tertusuk duri atau yang lebih daripada itu, kecuali Allah mencatat baginya kebaikan dan menghapus darinya dosa.” (Hadis riwayat Bukhari).

Di dalam hadis lain yang mempunyai maksud yang sama, Rasulullah bersabda: “Barang siapa dikehendaki oleh Allah kebaikan baginya, maka dia (diuji) dengan suatu musibah. “(Hadis riwayat Bukhari).

3) Memperoleh darjat tinggi di sisi Allah s.w.t

Hal ini kerana di dalam syurga ada darjat tertentu yang harus dicapai, apabila seorang Muslim tidak mampu mencapainya dengan suatu amal, maka dia pasti dapat memperoleh darjat itu dengan musibah atau penyakit yang dideritai.

Umpamanya mati syahid yang adalah mati yang sangat mulia. Tetapi, jika dia tidak pergi berperang, dia pasti mendapat darjat mati syahid sekiranya dia meninggal kerana penyakit yang dihidapinya.

Rasulullah bersabda: “Wabah adalah syahadah (mati syahid) bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari).

Di dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Seorang hamba memiliki suatu darjat di syurga. Ketika dia tidak dapat mencapainya dengan amal-amal kebaikannya, maka Allah menguji dan mencubanya agar dia dapat mencapai darjat itu.” (Hadis riwayat Thabrani).

4) Memperoleh ganjaran syurga

jika seorang Muslim menghadapi penyakit dengan penuh kesabaran. Contohnya penyakit yang sangat menyulitkan penderitaannya dalam kehidupan ini seperti buta matanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila Aku menguji hamba-Ku dengan membutakan kedua matanya dan dia bersabar, maka Aku ganti kedua matanya itu dengan syurga.” (Hadis riwayat Ahmad).

Namun demikian, jika sakit itu tidak menyenangkan, sakit adalah ujian yang dapat memberikan keutamaan dan manfaat yang besar, baik bagi si penderita mahupun keluarganya.

Lantaran itu, penyakit harus dihadapi dengan sikap, pemikiran dan perilaku yang positif.
Umpamanya ketika sakit, kita berfikiran positif dan cakap pada diri sendiri bahawa kita sihat, kuat dan sabar. Insya-Allah, kita pasti cepat sembuh. Aminnn... 






Selasa, 12 Julai 2011

Malaysia Vs Arsenal|Jelajah Asia 2011

Assalamulaikum....




Nazr sebagai peminat Arsenal turut rasa berbangga selepas Arsenal Football Club menyatakan yang pasukan utama mereka akan beraksi menentang Malaysia pada sesi pra-musim nanti. Bukan senang nak dapat peluang untuk bertemu dengan pemain dan kelab pujaan kan? Sudah tentu peminat setia Arsenal di Malaysia senyum sampai telinga selepas mendengar berita ini. Hehe! Memang tidak sabar melihat aksi skuad Malaysia menentang Arsenal. Walaupun, Nazr peminat Arsenal, tetapi Nazr ingin lihat Malaysia mampu memberi ancaman kepada benteng skuad Arsenal.


Malaysia akan bertemu The Gunners(Arsenal) pada 13 Julai ini,Rabu.Perlawanan ini akan diadakan di Stadium Bukit Jalil jam 8:45 malam.Ketua jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk K.Rajagobal menjadikan perlawanan menentang kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Arsenal Rabu ini sebagai medan persiapan pasukannya menghadapi Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 bertemu Singapura tidak lama lagi.
Selain itu Penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat bakal diturunkan dalam kesebelasan utama.Sebelum ini, Khairul Fahmi, mengalami kecederaan setelah dirempuh pemain Lubnan ketika beraksi mewakili skuad Olimpik dalam pusingan kedua kelayakan Olimpik yang mengakibatkan kecederaan bahu kanan.Penyerang negara Safee Sali dijangka tidak beraksi pada perlawanan ini kerana belum pulih sepenuhnya dari kecederaan yang dialami.

Untuk makluman peminat bola sepak,Tiket bagi perlawanan bola sepak persahabatan antara Malaysia dan Arsenal Rabu ini masih ada.Meskipun venue perlawanan, Stadium Nasional di Bukit Jalil, mampu memuatkan 100,000 penonton, penganjur mengehadkan tiket kepada 85,000. Tiket-tiket perlawanan di antara Malaysia melawan Arsenal sudah mula dijual sejak 27 Mei dengan harga RM58, RM68 dan RM108, manakala tiket VIP yang bernilai RM388 terhad kepada orang ramai di cawangan butik Nike terpilih dan cawangan Ticketpro di seluruh negara. Untuk menempah tiket secara online, anda boleh ke laman webwww.ticketpro.com.my.

Perlawanan tersebut akan berlangsung pada :
13 Julai 2011, Rabu

Stadium Nasional Bukit Jalil

8.45 malam






Isnin, 11 Julai 2011

Solat lima waktu - 80 peratus tidak mengerjakannya..

Assalamualaikum..

Kaifa haluka???hehehe..mksudnya ape kabar??harap cihat..arini Nazr nk cuba kongsikan sesuatu yang dasat sedang melanda manusia akhir zaman. Bile Nazr bace artikel ni Nazr rase cam takut..meremang bulu roma...ye la..Nazr pon blum ckup lgi amal ibadat.bile mendapat perkabaran ini membuatkan Nazr rase mcm kematian tu makin dekat...Astaghfirullah...kepada mu ya Allah...aku bermohon keampunan dan hidayah kepadamu...Moga diberi petunjuk oleh Mu untuk mendapat keredhaan Mu....aminnnnnnnnnnn...T_T



"Solat lima waktu - 80 peratus tidak mengerjakannya"

(Dato Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah).

SOLAT atau sembahyang merupakan ibadat yang amat penting bagi setiap Muslim
yang mukalaf kerana ia adalah fardu ain. Ini diperkuatkan dengan sebuah hadis
Nabi yang bermaksud: Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat
bererti mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat bererti ia
meninggalkan agama.Pun begitu, pakar motivasi dan penceramah bebas terkemuka,
Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, mendedahkan 80 peratus umat Islam di Malaysia
masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari. Peratusan angka ini
diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan
motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya
hidup masyarakat Islam masa kini.

``Mereka boleh berada di padang bola lebih dari satu jam, peniaga pasar malam
terlalu sibuk melayan pelanggan sehingga terlupa menunaikan solat biarpun hanya
mengambil masa 15 atau 20 minit. ``Malah ada juga yang sanggup membuang masa di
pusat membeli-belah, pusat karaoke, menyaksikan konsert, menonton perlawanan
bola sepak, terlibat dengan lumba motor haram selama berjam-jam tetapi
mengabaikan taklif agama yang mengambil masa pendek,'' kata Dr. Fadzilah dengan
suara tersekat-sekat menahan sebak pada majlis pelancaran album motivasinya
yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di Jalan Pahang, Kuala Lumpur,
baru-baru ini.

Tambah beliau, hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu
cukup lima waktu dalam sehari. Jumlah ini terlalu kecil sekiranya dibandingkan
dengan jumlah penganut agama Islam di negara ini. Lebih menyedihkan, senario
yang berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah, iaitu hanya 15 peratus
sahaja mengakui bersembahyang lima kali sehari. Kekecewaan dan kebimbangan
Dr. Fadzilah jelas tergambar apabila beliau tidak dapat membendung air mata dan
menangis, membuatkan hadirin tergamam seketika. ``Biarpun masa yang diperlukan
itu pendek, tetapi banyak orang yang ingkar untuk melakukannya kerana tidak
menghayati ibadah tersebut, natijah daripada tidak ada latar belakang
pembelajaran agama.``Kewajipan solat sering dipandang remeh atau dianggap tidak
ada nilai sensasi untuk diketengahkan kepada umum. ``Namun hakikatnya, ia
terpaksa disampaikan ke pengetahuan semua kerana saya khuatir umat Islam akan
menuju kehancuran apabila umatnya sudah seperti penganut agama lain yang
sembahyang mengikut kehendak sendiri atau suka-suka sahaja,'' terang beliau.

Kata Dr. Fadzilah lagi, kepincangan ini terpikul di bahu setiap individu Islam
itu sendiri, bak kata pepatah Melayu, tepuk dada tanya hati.Di dalam al-Quran,
banyak firman Allah yang memerintahkan kita mengerjakan solat, antaranya dalam
surah al-Baqarah ayat 43 yang bermaksud: Dan dirikanlah kamu akan sembahyang
dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang
yang rukuk.Ini menjelaskan kepada kita bahawa orang yang menunaikan solat
sebenarnya telah menunaikan tanggungjawabnya dan dikasihi oleh Allah dan
rasul-Nya kerana mengikut ajaran Islam. ``Semua pihak kena peka terutamanya
ibu bapa kerana tidak menerapkan kewajipan ini menjadi amalan harian di dalam
diri anak-anak. ``Rasa kasihan untuk mengejutkan anak solat Subuh merupakan
salah satu contoh kerugian besar dan cara yang salah dalam mempamerkan kasih
sayang kepada anak. ``Sebenarnya di dalam solat manusia diajak untuk
mengabdikan diri kepada Allah. Selain itu, solat merupakan benteng diri
daripada melakukan perkara-perkara mungkar. ``Orang yang melakukan solat juga
mampu menjadi orang yang melaksanakan tanggungjawab kepada diri, keluarga,
masyarakat dan agama,'' kata Fadzilah.

Menurut beliau lagi, terdapat banyak sebab rapuhnya keimanan seseorang itu;
kerana suasana kerja, pengaruh teman-teman, pengaruh luar yang tidak
menggalakkan dan sebagainya. Namun, punca sebenar berlakunya demikian ialah
kerana tidak ada rasa tanggungjawab atau minat untuk menunaikan sembahyang,
kerana tidak memahami rahsia-rahsia keperluan sembahyang. Dr. Fadzilah mengakui
kebenaran bahawa manusia lebih peka menumpukan perolehan yang bersifat
material. ``Allah s.w.t. menyuruh agar manusia menjadikan dunia ini laluan bagi
kehidupan di akhirat, tetapi manusia sering mengeksploitasi hidup di dunia ini,
seumpama hidup yang kekal, menyebabkan mereka lupa hidup di akhirat dan
membelakangkan perintah-perintah-Nya,'' ujarnya. "






Sabtu, 9 Julai 2011

Hukum 'aqiqah, dan adakah golongan miskin dikecualikan daripadanya?

Allah telah menyambut kami dengan seorang bayi lelaki, dan saya mendengar bahawa suami saya telah mengorbankan dua ekor biri-biri untuk dia untuk 'aqiqah. Jika keadaan itu tidak membenarkan dia berbuat demikian kerana dia mempunyai hutang yang banyak, dia dikecualikan daripada itu? 
                                                                                                                                                                               


Segala puji kepada Allah. Pertama:
Terdapat perbezaan pendapat ilmiah mengenai hukum 'aqiqah, dengan terdapat tiga pandangan yang berbeza. Ada yang mengatakan bahawa ia adalah wajib, ada yang berkata bahawa ia adalah mustahab (digalakkan) dan ada yang mengatakan bahawa ia adalah sunnah mu'akkadah (Sunnah disahkan). 
Yang terakhir ini adalah pandangan yang paling betul.


Ulama Jawatankuasa Tetap berkata:
'Aqiqah ialah sunnah mu'akkadah. Untuk biri-biri budak dua yang memenuhi syarat-syarat korban sepatutnya disembelih, dan untuk kambing satu gadis itu. Domba-domba itu harus disembelih pada hari ketujuh, tetapi jika terlewat, ia adalah dibenarkan untuk menyembelih mereka pada bila-bila masa, dan tidak ada dosa dalam melambatkan, tetapi ia adalah lebih baik untuk melakukannya secepat mungkin.


Fataawa al-Lajnah al-Daa'imah, 11/439
Tetapi tidak ada perbezaan pendapat bahawa ia tidak wajib bagi orang yang miskin, apatah lagi orang yang berada dalam hutang. Sesuatu yang lebih penting daripada 'aqiqah - seperti Haji sebagai contoh - tidak diberi keutamaan lebih daripada membayar hutang.
Jadi 'aqiqah tidak wajib untuk anda, kerana keadaan kewangan suami anda.


Para ulama Jawatankuasa Tetap ditanya:
Jika saya am diberkati dengan beberapa kanak-kanak, dan saya tidak boleh 'aqiqah untuk salah seorang daripada mereka kerana saya tidak am kaya, kerana saya seorang pekerja dan gaji saya adalah terhad dan adalah hanya mencukupi untuk menampung perbelanjaan bulanan saya, apakah yang berkuatkuasa pada aqeeqahs 'anak-anak saya dalam Islam?


Mereka menjawab:
Jika keadaan adalah seperti yang diterangkan dan anda tidak selesa, dan pendapatan anda hanya cukup untuk menampung perbelanjaan anda pada diri sendiri dan orang-orang yang di bawah jagaan anda, maka apa-apa yang salah dengan anda tidak melakukan 'aqiqah untuk anak-anak anda, kerana Allah berkata (yang bermaksud):


"Allah tidak membebani seseorang di luar skop"[Al-Baqarah 2:286]"[Allah] telah tidak menjadikan untuk kamu dalam agama kesusahan mana-mana"[Al-Hajj 22:78]"Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah dan takut kepada-Nya dengan seberapa banyak yang anda boleh"[Al-Taghaabun 64:16]

Dan telah diriwayatkan bahawa Nabi (damai dan rahmat Allah ke atasnya) berkata: "Jika anda diperintahkan untuk melakukan sesuatu, melakukan sebanyak yang kamu mampu; dan jika anda adalah dilarang untuk melakukan sesuatu, maka mengelakkannya. "Jadi, bila-bila masa anda mampu ia kemudian ia ditetapkan bagi anda untuk melakukannya.


Fataawa al-Lajnah al-Daa'imah, 11/436, 437
Para ulama Jawatankuasa Tetap juga ditanya:
Seorang lelaki mempunyai bilangan anak-anak dan dia tidak melakukan 'aqiqah untuk mereka, kerana dia miskin. Beberapa tahun kemudian, Allah menjadikan dia bebas daripada cara-cara dengan limpah kurniaNya. Adakah beliau telah melakukan 'aqiqah?


Mereka menjawab:
Jika keadaan seperti yang diterangkan, maka ia adalah ditetapkan baginya untuk melakukan 'aqiqah untuk mereka, dua ekor biri-biri setiap untuk lelaki.


Fataawa al-Lajnah al-Daa'imah, 11/441, 442
Shaykh Ibn 'Uthaymeen diminta:
Seorang lelaki mempunyai bilangan anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan, dan dia tidak melakukan 'aqiqah untuk mana-mana mereka, sama ada kerana kejahilan atau kelalaian. Sesetengah daripada mereka dewasa kini. Apa yang dia perlu lakukan sekarang?


Dia menjawab:
Jika dia melakukan 'aqiqah untuk mereka sekarang, yang akan baik, jika dia jahil pemerintah atau jika dia terus berkata, "Saya akan melakukan' esok aqiqah" sehingga terlalu banyak masa telah pergi oleh. Tetapi jika dia miskin pada bila-bila masa apabila 'aqiqah adalah ditetapkan, maka dia tidak perlu berbuat apa-apa.


Liqa 'al-Baab al-Maftooh, 2/17-18
Keluarganya tidak perlu untuk melakukan penyembelihan bagi pihaknya, walaupun yang dibenarkan, sebagai Nabi (keamanan dan berkat Allah ke atasnya) melakukan 'aqiqah untuk cucu al-Hasan dan al-Husayn, seperti yang disampaikan oleh Abu Dawood (2841) dan al-Nasaa'i (4219), dan dikelaskan sebagai sahih oleh Shaykh al-Albaani dalam Saheeh Abi 

Dawood, 2466.


Kedua:
Jika anda perlu untuk memilih antara Haji dan 'aqiqah, maka keutamaan pasti harus diberikan kepada Haji. Jika anda mahu melakukan 'aqiqah untuk anak-anak anda, yang dibenarkan walaupun mereka membesar. Anda tidak perlu memberitahu orang ramai yang anda menjemput bahawa ini adalah 1 'aqiqah, dan ianya tidak dibenarkan untuk mereka untuk membuat kandungan apa yang anda lakukan, kerana apa yang anda lakukan adalah perkara yang betul. Mereka tidak perlu untuk memasak daging dan menjemput orang ramai, sebaliknya ia adalah dibenarkan untuk mengagihkan daging mentah.


Para ulama Jawatankuasa Tetap berkata:
'Aqiqah merujuk kepada haiwan yang dikorbankan pada hari ketujuh selepas kelahiran sebagai tindakan kesyukuran kepada Allah untuk berkat seseorang kanak-kanak, sama ada lelaki atau perempuan. Ia adalah Sunnah, kerana hadis-hadis yang telah diriwayatkan mengenai apa yang. Orang yang melakukan 'aqiqah untuk anaknya untuk menjemput orang ramai untuk datang dan makan, di rumahnya atau di mana-mana jua, atau dia boleh mengagihkan daging mentah atau masak kepada golongan miskin dan saudara-mara, jiran, rakan-rakan, dll.

 
Fataawa al-Lajnah al-Daa'imah, 11/442

 
Wallahualam. 








Carta 5 novel terlaris di POPULAR.

Assalamualaikum..

cihat x semua..??arini nak canang ckit tntg 5 novel yang berada dalam carta top 5. kire senang citer wajib tayang la...jgn lupe beli ye kepada semua peminat novel ya..woooopppppppppp...‎

(CARTA BESTSELLER) 5 Novel Terlaris / Bestseller di POPULAR. Rujukan Bahagian Sastera, Akhbar BERITA HARIAN, Jumaat, 8 Julai 2011.

1. 7 HARI MENCINTAIku - Siti Rosmizah
2. CINTA KONTRAK - Nurul Ain Syuhada
3. M.A.I.D - Suri Ryana
4. Lafazkan Kalimah Cintamu - Siti Rosmizah
5. Stanza Cinta - Nurull Halawati

Carta terlaris dari 1 Julai Hingga 7 Julai. Rujukan Bahagian Sastera, Akhbar BERITA HARIAN, Jumaat, 8 Julai 2011.


Khamis, 7 Julai 2011

Undian Perlawanan Kelayakan Olimpik 2011

Assalamualaikum...

undian telah pon dibuat nmpak nye Malaysia tidak boleh lari dari pasukan Japan. walaubagaimanapon, kita menjangkakan skuad Malaysia mampu mengubah tanggapan bahawa kita sukar untuk mengatasi Japan.

Ong Kim Swee , Mengatakan Tiada Perbezaan Walau Dimana Malaysia Diletakkan. Skuad Olimpik Akan Bertolak Ke Slovakia, Hujung Bulan Ini,Ong Kim swee, Mengatakan Mereka Akan Mencuba Sehabis Mungkin Untuk Martabatkan Nama MALAYSIA.Ong Kim Swee juga mengharapkan sekurang-kurangnya 2 perlawanan antarabangsa sebelum Perlawanan Pertama Malaysia Menentang Japan Nanti.



Jadual Perlawanan Kelayakan Olimpik 2012 [Malaysia]
21 Sep : Japan vs MALAYSIA - Away
23 Sep : MALAYSIA vs Syria - Home
27 Nov : MALAYSIA vs Bahrain - Home
5 Feb : Bahrain vs MALAYSIA - Away
22 Feb : MALAYSIA vs Japan - Home
14 Mac : Syria vs MALAYSIA - Away
*Tertakluk kepada pindaan dan perubahan

Kelayakkan Bolasepak Olimpik London 2012
Group A : Saudi Arabia, Oman, Qatar, Korea Rep.
Group B : Uzbekistan, UAE, Iraq, Australia
Group C : MALAYSIA, Japan, Syria, Bahrain

Goodluck Malaysia.




penjelasan terhadap perempuan yang didatangi haid.

Penjelasan terhadap solat yang perlu diqadha’ bagi perempuan yang didatangi haid:

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib kira-kira sempat dia solat Asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha’ solat Zohor dan Asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isyak sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha’ solat Maghrib dan Isyak.

"Dan hal ini (qadha’ solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam al-Ghazali)

Tak faham??

1. Kenapa perlu diqadha’ solat Asar dan Zohor??
-Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat Asar (selepas mandi hadas).

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha’ sama??
-Kerana didalam hukum menjamak (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijamak dan diqasarkan bersama solat Zohor.

-Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada’ solat Zohor.







Kenali permain bolasepak Malaysia


Assalamualaikum..
hari ni nak gtaw ckit la profil salah seorang pemain Malaysia.. Sekarang  kita dapat lihat bola sepak Malaysia kembali bangkit dari zaman suram..oleh itu,bacalah agar kita dapat mengenali pemain yang sedang mengharumkan nama negara...




Nama : Kunanlan Subramaniam
Tarikh Lahir : 22 August 1986
Tempat Lahir : Selangor, Malaysia.
Tinggi :1.65 M
Posisi : Midfielder/Winger
Kelab Semasa : Negeri Sembilan

Beliau adalah anggota dari pasukan Malaysia 23 Sukan SEA Laos 2009 iaitu skuad yang memenangi pingat emas pada kejohanan itu. Dia juga bermain untuk pasukan kebangsaan Malaysia ketika pasukan kebangsaan Malaysia menentang Manchester United pada tahun 2009. Beliau mempunyai gaya bolasepak yang cepat dan pantas, dia adalah antara pemain penting Negeri Sembilan ketika menyerang. Pada November 2010, Kunalan telah dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan Malaysia oleh K.Rajagobal untuk Suzuki Cup 2010 dan Malaysia memenangi pertandingan tersebut buat kali pertama dalam sejarah Malaysia.

Pencapaian :-
2009 Malaysia Cup : Winner (Negeri Sembilan)
2010 Malaysia FA Cup :Winner (Negeri Sembilan)
2010 AFF Suzuki Cup :Winner (Malaysia)






Rabu, 6 Julai 2011

keputusan terkini liga super 6 julai 2011

Assalamualaikum..
ni nak habaq mai malam i keputusan liga malaysia malam ni....tahniah la kelantan....menang jugak...hadi plak terbaek pemegang kasut emas...


MAS D1 20:45 FT Harimau Muda A 2 - 2 Johor FC 1 - 1
MAS D1 20:45 FT Perak 0 - 0 Selangor 0 - 0
MAS D1 20:45 FT Negeri Sembilan 2 - 0 Perlis 1 - 0
MAS D1 20:45 FT Pahang 0 - 1 Kedah 0 - 0
MAS D1 20:45 FT T-Team 2 - 3 Kuala Lumpur 1 - 2
MAS D1 20:45 FT Sabah 1 - 2 Kelantan 0 - 1
MAS D1 20:45 FT Felda United FC 2 - 6 Terengganu 1 - 4

Tahniah KELANTAN juara MSL & HADI YAHYA pemenang kasut emas :)





Bagaimana hendak kurus tanpa memerlukan ubat-ubatan..

CARA UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN

Assalamualaikum..
ape habaq??hari ni ak nk citer cmne nk mengurangkan berat badan tanpa pakai dok ubat2 yg kat pasaran skarang ni...tp ni cuma tips..memerlukan tahap kerajnan dan kesabaran yang amat tinggi...bace la entri kat bawah nun...wwooopppp...

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil,
tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini
menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada
kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan
makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit
dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan
enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma
simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti
anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam
bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian,
mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka
yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara
perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah
dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan
kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-
gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti
ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman
masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan
kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika
anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet


15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam
bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat
kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan
dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda
makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda
boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh
membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda
untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus
memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit
minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran
dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin
tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak
makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan
membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu
kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan
santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak.
Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan
keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan
dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan
dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,
kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan
otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik
dan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan
berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan
limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam
jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.
Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :
Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat.
Perahkan air Limau Nipis.
Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit

Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

PETUA KECANTIKAN WAJAH

34. Menghilangkan Parut Jerawat
Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

35. Menghilangkan Tahi Lalat
Asalammualaikum, Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar, sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Saya pun sedang mengamalkannya sekarang. Selamat mencuba!!

36. Bibir Merah Semulajadi
Petua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu, memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.

37. Melebatkan Bulu Kening
Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.

38. Licin Berseri
Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.

39. Naikkan Seri Wajah/Muka
Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wajah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu.....

40. Mengelak Daripada Lebam di Bawah Mata
Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka... pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.

41. Menghilangkan Lebam Bawah Mata
Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk.. cuba lah..ianya juga baik untuk menyegarkan mata.

42. Melicinkan Wajah
Ambil buah tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba.

43. Memerahkan Bibir Yang Hitam
Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.

44. Menghilangkan Lebam di Bibir
Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan sapukan pada bibir anda setiap malam. Itulah yang saya malkan selalu. Selamat mencuba.

45. Memerahkan Bibir
Saya ada masalah tentang bibir saya yang hitam seolah-olah merokok. Ia tidak seimbang dengan kulit saya yang kuning langsat. Bagaimana untuk saya merahkan bibir saya secara semulajadi dan jika ada petua tradisional, adakah ia mengambil masa yang lama? Saya juga tidak suka memakai lipstik. Diharapkan ruangan ini dapat membantu saya sekian,terima kasih

46. Membentuk, Menghitamkan serta Melebatkan Bulu Kening
Caranya mudah saja...ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.

47. Naikkan Seri Wajah dan Otak Bijak
1. Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada
tiap-tiap pagi insya'Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.
2. Otak menjadi bijak: masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagi
insyaallah mujarab.

48. Mencantikkan Kulit Muka
Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.
1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering
2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn
tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan
menegangkan kulit muka yang kendur.

49. Menyerikan Wajah
Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.

50. Menghilangkan Hitam di Muka dan Jerawat
Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang...tapi kena rajin mengamalkannya. ..Semoga anda berjaya dan selamat mencuba.

51. Petua Awet Muda
Bangun pagi dari tidur...minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah. Cuba dan lihatlah kesannya kerana saya telah mencubanya.

52. Muka Berseri
Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.

53. Sentiasa Muda
Ramai wanita yang ingin nampakmuda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi ) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda

54. Nampak Muda
Untuk kelihatan sentiasa muda walaupun umur anda telah meningkat dewasa amalkanlah selalu makan ulam kampung. Ia banyak memberi khasiat pada tubuh badan kita. Dan anda juga digalakkan supaya selalu tersenyum walaupun anda sedang menghadapi banyak masalah. Senyum adalah satu sedekah. Selamat mencuba.

55. Sentiasa Awet Muda
Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua saya ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan kelihatan muda daripada umur sebenar anda. Itu je terima kasih.

56. Kulit Sentiasa Tegang
Basuh muka dengan air. Ambil sebiji putih telor dan sapukan pada muka. Kemudian ambil kapas muka dan letakan pada muka tadi seperti memakai mask selepas itu sapu kembali putih telur tadi di atas kapas muka sehingga basah,biar sehingga sehingga kering Kapas yang melekap di muka akan menjadi seperti topeng muka apabila di buka nanti. Hasilnya kita akan dapat lihat pada topeng itu terdapat headwhite dan kotoran yang terdapat pada muka, amalkan sakali setiap minggu. Pasti wajah anda tidak terdapat jerawat dan kulit akan putih dan lembut.

57. Muda Jelita Sentiasa
Setiap wanita amat mementingkan kecantikan dan kesihatan diri. Amalan memakan Ulam-Ulam yang segar dan Buah-buahan tempatan dapat membantu kita mengekalkan Kesihatan dan akan kelihatan lebih Muda dari Usia Sebenar. Ulam - ulaman yang saya maksudkan ialah Ulam Pegaga. Amalkan memakan Ulam Pegaga selama beberapa Minggu dan anda akan lihat hasilnya. Ianya juga memberi kesan yang Baik kepada kesihatan dalaman anda. Selamat mencuba petua ini.

58. Wajah Jelita
Semasa berdandan diwaktu pagi baca selawat nabi dikedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkah wajah seperti nabi Yusuf, jangan takbur bila petua ini berkesan dan sampaikan kepada orang lain

59. Lentikkan dan Lebatkan Bulu Mata dan Kening
Ingin kelihatan cantik , Gunakan Lendir pokok Lidah Buaya dan sapukan pada bulu mata dan kening anda. Insyallah... ...lakukan berulang-kali untuk mendapat hasil terbaik.

60. Memutihkan Kulit Muka
Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2biji asam limau nipis bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam insyaallah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.

61. Menghaluskan Kulit Muka
Petua ini diberikan oleh guru saya iaitu En. Alias Hamdan. Caranya ialah anda perlu dapatkan putik kelapa muda dan asahkan putik kelapa muda itu pada batu. Kemudian ada lumurkanlah pada muka anda.




PETUA DAN KESIHATAN JANGKA PANJANG

Menurunkan Darah Tinggi
62. Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.
63. Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati.
64. Makanlah biji buah Peria.
65. Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam.
66. Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak.
67. Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya.
68. Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang.
69. Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.
70. Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.

71. Juga Untuk Menurunkan Darah Tinggi
Ambil segenggam daun kucai, basuh bersih selepas itu masukkan kedalam mesin bersama dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan. Mesin sehingga lumat atau hancur ( jangan campur dengan air ) bagi mendapatkan patinya sahaja. Masukkan kedalam bekas mangkuk atau cawan, selepas itu embunkan sehingga pagi.Bila bangun pagi sebelum minum atau makan hendaklah diminum air pati daun kucai serta dengan selawat 3 kali. Amalkan selama tiga hari, selepas itu jumpalah doktor untuk buat pengesahan. Insyaalah darah tinggi akan jadi normal.

72. Menghilangkan Kencing Manis
Hari ini ramai dikalangan kita menghadapi masalah kencing manis tidak kira tua atau muda, lebih-lebih lagi dengan pemakanan kita pada hari ini yang semuanya manis-manis belaka. Jadi petua yang saya dapat ini agar dapat kita kongsi bersama-sama. Caranya mudah sahaja, iaitu dapatkan ubi kentang biasa rebus ( tanpa garam atau bakar menggunakan ( Oven ) apabila dah kira cukup masak hidangkan untuk dimakan ( sebelum tidur atau makan sebelah malam ataupun sebelah pagi ). Rahsianya tentang ubi kentang ialah ianya bersifat menyerap segala yang manis dan masin berlebihan yang ada didalam badan. Contohnya apabila masakan seperti kari anda terlalu masin, lalu ubi kentang dimasukkan kedalam kari tadi dan hasilnya segala masin kari akan diserap oleh ubi kentang tersebut, Dan kalau boleh petua ini amalkan selama dua atau tiga minggu anda akan dapat perbezaan sekirannya anda menghadap! i penyakit kencing manis dan orang yang sihat pun boleh mencuba sebagai pencegahan awal.

73. Mengurangkan dan Menghilangkan Sakit Gastrik
Jika anda kerap mengalami masalah gastrik ( pasti anda tidak mengambil makanan mengikut jadual), amalkan makan tepat pada masanya, contoh : jika makan tengahari anda pukul 12.00, begitu juga hendaknya pada hari-hari berikutnya tanpa berlengah. Lama-kelamaan. .. insyallah gastrik akan hilang... ia daripada pengalaman saya sendiri...kini gastrik tiada lagi!

74. Tajamkan Penglihatan
Amalkan hidup anda dengan meminum air suam setiap hari, mandi pada waktu subuh iaitu sewaktu bangun tidur dengan siramkan air dari hujung kaki hingga kepala. Makanlah buah-buahan seperti epal, anggur dan lobak putih serta banyakkan melihat pemandangan yang jauh dan serba hijau seperti pokok, dan selalu menghadap ke kiblat.

75. Melawaskan Kencing
Untuk melawaskan kencing, ambil beberapa biji lobak putih campur dengan batang kangkong bersama akarnya, direbus sekali. Selepas air itu menjadi suam, amalkan meminum ayer itu. InsyaAllah sekiranya seseorang itu baru hendak menjadi penyakit batu karang, ia akan memecahkan batu karang tersebut. Sekiranya tidak ada penyakit, ia mencegah dari mendapat penyakit batu karang.

76. Menurunkan Darah Tinggi
Untuk cepat menurunkan darah tinggi ketika diserang darah tinggi. Pertama buat dua rakaat solat hajat mohon pada Allah. Kedua ambil beberapa ulas bawang putih, mesin jadikan jus dan ambil 6 titik jus tadi di masukkan kedalan segelas air dan di minum 3 kali sehari, Insyaallah dengan izin Allah, selamat mencuba.

77. Menghilangkan Sakit Kencing Manis
Jika ada mengalami sakit kencing manis, sila ambil beberapa helai daun jarak rebus sehingga mendidih dan bersanguhlah/ bertengkumus ( bertengkumus maksudnya berselubung ) selama setengah jam, sehingga badan berpeluh pada setiap pagi iaitu sebelum matahari terbit. ( Semasa bersanguh / bertengkumus atau berselubung mestilah tanpa memakai baju). Dan amalkanlah selama satu bulan

Selasa, 5 Julai 2011

Nokia n 900-saye nk handset ni...

Assalamualaikum..

hari ni nk citer ckit pasal satu nset ni mmg ak gila sgt nk nset ni...kalo bole ak nk skarang jugak..tp..hahahaha..lek lu..walau apepon, nset ni org kate besh..ak suke dengan perubahan operating system yang tidak menggunakan symbian os tp menggunakan maemo 5 keluaran linux..terbaek...kalo dapat mmg besh la....dengan kelebihan aplikasi melayari internet mampu memberi kepuasan kepada pemilik nya...hahaha...sape nk bagi saya handset ni????sila lah ye..hehhe..wwooooopppp






















NOKIA N900


GENERAL2G NetworkGSM 850 / 900 / 1800 / 1900
3G NetworkHSDPA 900 / 1700 / 2100
Announced2009, August
StatusAvailable. Released 2009, November
SIZEDimensions110.9 x 59.8 x 18 mm, 113 cc
Weight181 g
DISPLAYTypeTFT resistive touchscreen, 65K colors
Size800 x 480 pixels, 3.5 inches
- QWERTY keyboard
- Proximity sensor for auto turn-off
- Accelerometer sensor for auto-rotate
SOUNDAlert typesVibration; MP3 ringtones
LoudspeakerYes, with stereo speakers
3.5mm jackYes, check quality
MEMORYPhonebookPractically unlimited entries and fields, Photocall
Call recordsDetailed, max 30 days
Internal32 GB storage, 256 MB RAM
Card slotmicroSD, up to 16GB, buy memory
DATAGPRSClass 32
EDGEClass 32
3GHSDPA, 10Mbps; HSUPA, 2Mbps
WLANWi-Fi 802.11 b/g, DLNA
BluetoothYes, v2.1 with A2DP
Infrared portYes
USBYes, v2.0 microUSB
CAMERAPrimary5 MP, 2576x1936 pixels, Carl Zeiss optics, autofocus, Dual LED flash, check quality
FeaturesGeo-tagging
VideoYes, WVGA(848 x 480)@25fps
SecondaryYes, VGA
FEATURESOSMaemo 5
CPUARM Cortex A8 600 MHz, PowerVR SGX530 graphics
MessagingSMS (threaded view), Email, Push Email, IM
BrowserxHTML, HTML, RSS feeds
RadioStereo FM radio (via third party software); FM transmitter
GamesYes, 5 + downloadable
ColorsBlack
GPSYes, with A-GPS support; Ovi Maps
JavaNo
- Skype and GoogleTalk VoIP integration
- MP3/WMA/WAV/eAAC+ music player
- WMV/RealVideo/MP4/AVI/XviD/DivX video player
- TV-out
- PDF document viewer
- Photo editor
- Adobe Flash Player 9.4
BATTERYStandard battery, Li-Ion 1320 mAh (BL-5J)
Stand-byUp to 278 h (2G) / Up to 250 h (3G)
Talk timeUp to 6 h 30 min (2G) / Up to 4 h 30 min (3G)
Music playUp to 24 h 30 min
MISCSAR US0.92 W/kg (head)     0.82 W/kg (body)    
SAR EU0.80 W/kg (head)    
Price group