BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 29 Jun 2011

SIARAN LANGSUNG DI INTERNET PERLAWANAN KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014 MALAYSIA LAWAN CHINESE TAIPEI|TAIWAN 29/06/2011

Satu perkhabaran berita gembira kepada peminat bola sepak tanahair.RTM 1 akan menyiarkan perlawanan ini secara langsung di kaca tv menerusi saluran 1.Berita ini di sampaikan di laman Facebook|klik sini

~ DI ATAS SOKONGAN DAN KESETIAAN ANDA RAKYAT MALAYSIA TERHADAP SUKAN TANAHAIR, KAMI DI TV1 MEMBAWAKAN SIARAN LANGSUNG PERLAWANAN PRA KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014 DI ANTARA MALAYSIA DENGAN CHINESE TAIPEI PADA HARI ESOK (RABU 29 JUN 2011) JAM 8.30 MALAM ~ AYUH! GAMATKAN SUASANA, BERSORAK BERSAMA KAMI DI TV1 ~ SUKAN TERBAIK HANYA DI RTM ~
Kepada yang tidak dapat menonton tv,Nazrl bawakan khas Live Streaming TV1 untuk anda.Anda boleh menonton disini!!!!



**Pastikan Internet anda mampu mencapai Video Streaming
**Video Autoplay,tunggu seketika sehingga paparan video muncul,jika tidak muncul tekan button "Play"
**Jika sudah boleh menonton jangan di-refresh page kerana,anda akan mengalami masalah buffering jika server streaming sibuk
Selamat menonton!!!Peace

PERLAWANAN MALAYSIA LAWAN TAIWAN KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014|TIKET PERLAWANAN





Hari ini akan berlangsungnya perlawanan antarabangsa antara Malaysia vs Taiwan di Stadium Bukit Jalil.Pasti ramai impikan kejayaan daripada squad Piala Dunia setelah squad kelayakan ke sukan Olimpik membuktikan kehebatan mereka dengan mengalahkan Lubnan baru-baru ini.

Perlawanan antara Malaysia vs Taiwan ini pasti menarik kerana kelibat Safee Sali pasti akan memberikan tekanan kepada pasukan Taiwan.Menurut jurulatih mereka,mereka amat berwaspada dengan kehadiran permain berbisa Malaysia itu dan akan sentiasa mengawasi Safee sali.

Rajagopal telah memanggi beberapa pemain dari skuad olimpik seperti Khairul Fahmi , K. Gurusamy sera beberapa lagi pemain bagi mematapkkan lagi entera skuad Harimau Malaya...

Yang terbaru Nazr mendapat berita bahawa penjaga gol utama,Khairul Fahmi(Apek)dijangka tidak beraksi pada perlawanan ini kerana mengalami kecederaan dibahunya.Punca Apek mendapat kecederaan ini akibat dari perlawanan Malaysia menentang Lebanon tempoh hari.

Tapi keputusan Apek untuk beraksi atau tidak adalah ditangan jurulatih kebangsaan K.Rajagopal.Kalau ditakdirkan Apek tidak dapat beraksi,Sharbinee Allawee atau Nasril Nourdin dijangka akan mengalas tugas mengawal gawang gol negara daripada dibolosi

Jika dilihatkan pada perlawanan Harimau Malaya pada sebelum ini,Harimau Malaya dijangka mampu menewaskan Taiwan kerana jika mutu permainan yang konsisten dipertingkatkan lagi kita mampu memperolehi kemenangan pada 29 Jun ini.

Dalam Bola Sepak segalanya boleh terjadi,kita sebagai peminat bola sepak tanahair hendaklah memberi sorokan semangat kepada pasukan kebangsaan.Ayuh kita ramai-ramai pi terjah Stadium Bukit Jalil esok,untuk memberi sokongan padu!!!!

Info mengenai Tiket Perlawanan

Tarikh Perlawanan: 29 Jun 2011
Masa: 8.45 malam
Tarikh Penjualan Tiket: 29 Jun 2011 bermula jam 3 petang.
Tempat: Stadium Nasional Bukit Jalil
Harga: RM 20 dan 30 bagi Grandstand.        

Jika anda tidak dapat menyaksikan perlawanan malam ini di stadiumatau dikaca tv...anada boleh menonton secara streaming disini..          

Jumaat, 24 Jun 2011

Sinopsis drama Juvana

ASSALAMUALAIKUM..

Arini nk citer pasal citer Juvana yang sedang ditayangkan.citer ni ade unsur kejam ckit la...nk citer kang penat..bace je la sinopsis kt bawah...wwoooopppp....

Juvana drama bersiri terbaru di TV3 akan ke udara setiap Isnin jam 9 malam bermula 25 April ini. Drama Juvana ini menggantikan Gemilang.
Sinopsis:

Kisah bermula apabila Daim bin Yahya (Zahiril Adzim), seorang remaja 17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya. Tidak upaya untuk membela diri dan membuktikan kenaifannya, Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan.

Bermulalah episod ngeri Daim yang menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar diketuai oleh Botak (Johan Ariff). Encik Raja (Bront Palarae), warden yang tiada belas kasihan hanya membiarkan kejadian tesebut terus berlaku. Pengawal sekolah, Tony (Hariry) yang menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah hanya memburukkan keadaan Daim. Cikgu Ariffin ( Beto Khusairy) dan Cikgu Azmee (Irfan Roslan) juga mengambil langkah atas pagar dan enggan masuk campur dalam kes pergaduhan pelajar.

Daim hanya mempunyai harapan semula apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), seorang tokoh guru bimbingan dan kaunseling menerima tawaran untuk mengajar di Sekolah Wirabakti. Cikgu Zakiah teruja dengan tawaran tersebut dan bercita-cita untuk membimbing pelajar-pelajar di sekolah juvana. Namun begitu,, tugasnya tidak mudah dilaksanakan kerana pelajar-pelajar di sana samseng belaka dan tidak mahu belajar. Warden Raja tidak suka dengan kehadiran Cikgu Zakiah kerana dia memerlukan lebih ramai pengawal dan bukannya guru. Bagi Warden Raja, Sekolah Wirabakti hanyalah sebuah penjara untuk pesalah-pesalah juvana dan cuma kekerasan yang dapat mengawal budak-budak tersebut.

Di bawah bimbingan Cikgu Zakiah, Daim mula mendapatkan keyakinan diri apabila dia menyertai kelab pendebatan. Daim sudah berani melawan balik Botak dengan cara psikologi untuk meleraikan pergaduhan dan mula mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar lain. Namun, apa yang Daim dan Cikgu Zakiah tidak tahu ialah isi hati Warden Raja yang dilihat seakan setuju dengan perubahan positif yang berlaku dalam sekolah tersebut. Daim dan Cikgu Zakiah sedang berdepan dengan ancaman nyawa daripada pihak yang tidak menyenangi tindakan mereka. Apakah yang akan berlaku seterusnya? (info: budiey.com)

Khamis, 23 Jun 2011

keputusan Malaysia vs Lubnan::2-1


ASSALAMUALAIKUM.....

Rakyat Malaysia malam ini pasti berasa gembira kerana malam ini merupakan detik paling bersejarah buat pemain kita serta rakyat Malaysia kerana malam ini merupakan kejayaan sulung skuad Ong Kim Swee menempah tiket ke pusingan kedua Pra-kelayakan olimpik setelah sekian lama muram aksi bola sepak negara.Selama 3 tahun Malaysia bertungkus-lumus dalam menyediakan pemain-pemain untuk beraksi dalam perlawanan besar seperti  ini.. sungguh bergemerlapan malam ini dengan sorakan penyokong Malaysia. Setelah berhempas pulas Malaysia bertahan selama 43 minit akibat kad kuning kedua Gary Steven, namun mereka berjaya mengharungi dengan penuh disiplin.Dibawah ini sedikit ulasan tentang perlawanan tadi..


ULASAN

Separuh Masa Pertama

Malaysia ( 2 ) vs ( 0 ) Lebanon
  • Malaysia memang bermain cantik malam ni.. Gol malaysia berpunca dari through pass yg tepat! Malaysia pon memang banyak menyerang..
  • K.Gurusamy  dan Gary steven memang menyerlah malam ni.. Banyak buat hantaran tepat..gol juga berpunca dari kreativiti mereka...
  • Gol pertama hadir pada seawal minit ketujuh..dari Irfan Fazail
  • Gol kedua malaysia dijaringkan oleh Wan Zack Haiqal..
  • Tapi Lubnan pun ada buat serangan bahaya..
  • 1 cubaan lubnan terkena palang gol.. memang bahaya tendangan padu oleh tah sape tah..hahaha..

Separuh masa kedua
  • - Pemain malaysia dikenankan kad merah minit ke 55..
  • - malaysia bertahan selama 35 minit..
  • tiada langsung serangan yang berbahaya oleh Malaysia...no football game..
  • -Tahniah malaysia.. memang hebat betul bertahan!!!sungguh bersemangat dalam menyelamatkan pintu gol...
  • menakutkan jugak tggu lame sgt....tp akhirnya..ak rase Lubnan ni x la power sgt..Malaysia main 10 org pon serangan byk x lepas benteng..hahaha

TAHNIAH MALAYSIA..!!!!

2-1



Highlight pelawanan malaysia vs lubnan pusingan kedua..

Perpindahan terbaru pemain Arsenal

Carl Jekinson
ASSALAMUALAIKUM...
Baru-baru ni Arsenal telah mengumumkan perpindahan terbaru pemain Arsenal untuk tahun 2011 ini iaitu Carl Jenkinson.Carl Jekinson merupakan bekas pemain Charlton  Athletic yang baru berumur 19 tahun.

Carl Jenkinson bermain sebagai beck dan berkebolehan untuk bermain di bahagian pertahanan tengah@centre of defence.Carl Jenkinson merupakan pemain kelahiran England dan Finland.Musim lepas pemain ini beraksi sebagai kapten Finland bawah 19 tahun dan pernah juga beraksi untuk pasukan England untuk youth level.

Arsenal Football Club gembira untuk mengumumkan bahawa pertahanan menjanjikan Carl Jenkinson, 19, telah tiba dari Liga Satu sisi Charlton Athletic. Menandatangani beliau adalah disahkan sebagai Gunners muda Benik Afobe, Chuks Aneke dan Oguzhan Ozyakup juga berjanji hadapan mereka untuk Kelab.

Jenkinson menyertai Arsenal mempunyai ciri sembilan kali untuk Charlton Athletic, AOS pasukan pertama. Kebanyakan hak-belakang, yang muda 1ins 6ft juga boleh bermain di tengah-tengah pertahanan. Walaupun dilahirkan di England, Jenkinson layak untuk mewakili kedua-dua England dan Finland melalui ibunya. Pertahanan telah pun mewakili kedua-dua negara di peringkat belia, dan musim lalu kapten Finland Under-19s.

Afobe, ke hadapan dan England Belia Antarabangsa, menyertai Kelab berumur hanya lapan dan telah meningkat melalui barisan untuk bermain Di bawah-18 dan Rizab pasukan bola sepak, menandatangani segi profesional pada Februari 2010. Yang muda yang dilahirkan di Leyton pulang dari musim pinjaman di Huddersfield Town kegemaran firma dengan Terriers, setia Ao, setelah menjaringkan lapan kali dalam 36 penampilan. Ini membantu Lee Clark, AOS pasukan untuk menjalankan tanpa kalah 25 perlawanan, yang membawa kepada mencapai Liga Satu penentuan muktamad.

Newham pemain tengah kelahiran Aneke merupakan satu lagi pemain telah mula melalui Kelab, AOS Hale Akhir Akademi, yang beliau menyertai berumur tujuh tahun, untuk mengukuhkan tempat dalam Neil Banfield, AOS Rizab persediaan. Jangka Terakhir England bawah-18 Antarabangsa menjaringkan enam gol dalam 17 permainan untuk membantu rentetan kedua tempat naib johan dalam FA Premier Reserve League Selatan. Chuks ditandatangani segi profesional pada Julai 2010.

Ozyakup pemain tengah telah menikmati permulaan yang berjanji untuk kerjaya Arsenal , sejak tiba dari Belanda AZ Alkmaar sampingan dua musim lalu.Belanda Belia Antarabangsa bergabung dengan Aneke dan Afobe untuk membantu Steve Bould, AOS Under-18s kepada tajuk Liga Perdana Akademi pada tahun 2010 dan telah membuktikan dirinya sebagai pemain utama dalam Rizab, dengan 22 penampilan untuk namanya setakat ini.

Semua orang di Arsenal ingin mengalu-alukan Carl Club dan berharap untuk kemajuan yang berterusan semua empat pemain pada tahun-tahun akan datang.

Ivan Gazidis and Oguzhan Ozyakup

Ivan Gazidis and Chuks Aneke

Perlawanan Kelayakan Sukan Olimpik 2011(pusingan kedua)

ASSALAMUALAIKUM...

sudah tentu rakyat malaysia menanti dengan penuh debaran perlawanan malam ini yang menjadi titik tolak kejayaan Malaysia untuk mara ke pusingan seterusnya..Dengan kejayaan skuad Malaysia mengikat kedudukan di Beirut..Malam ini skuad Malaysia turun dengan misi ingin memburu gol awal...Namun,dalam keghairahan memburu gol awal, Ong Kim Swee mengingatkan anak buahnya supaya mengelak gawang sendiri pula yang dibolosi lebih awal apabila berdepan Lebanon pada aksi timbal balik Kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

jaringan awal oleh pasukan lawan bakal memusnahkan peluang skuad negara, kerana ia pastinya menyukarkan pemain untuk bangkit.Oleh itu, pemain seharusnya menggunakan peluang beraksi di laamn sendiri. kepada semua penyokon malaysia seharusnya memberi sokongan padu kepada pemain kita dengan datang beramai-ramai ke Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini..Jika tiada kesempatan, anda boleh menonton menerusi Astro Arena,801.




Malaysia vs Lebanon

(Perlawanan bermula 8:45mlm)
Stadium Nasional, Bukit Jalil

Saksikan perlawanan Olimpik London 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ni jam 8.45 malam. Bagi yang tak dapat pergi ke stadium boleh saksikan secara online di sini nanti


Free Videos by Ustream.TV


Penjaga gol skuad kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (kiri) menjalani latihan bersama dua lagi rakan sepasukan di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam, menjelang perlawanan Kelayakan Olimpik menentang Lebanon, hari ini. - UTUSAN/Azrul Edham Mohd. Aminuddin
Kapten skuad Olimpik percaya jaringan pantas mampu sentap Lubnan esok

ANDAI gol awal mampu diledak membolosi gawang Lubnan, peluang Malaysia layak ke pusingan ketiga kelayakan Olimpik adalah cerah.

Itulah firasat diluahkan kapten pasukan, Khairul Fahmi Che Mat yang mahu rakan sepasukan, khasnya jentera serangan tampil memburu jaringan awal dalam perlawanan kedua, pusingan kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil, esok.

“Kami sudah bersedia mengasak kubu lawan cari gol awal dan ketika sama akan mengawal ketat benteng pertahanan,” kata penjaga gol utama dari Kelantan itu.
“Saya dan semua rakan sepasukan bertekad mahu memburu kejayaan menentang Lubnan di gelanggang sendiri. Kami tidak rela menghampakan semua penyokong negara dan berazam layak ke pusingan ketiga sebagai hadiah kepada seluruh rakyat Malaysia.”

Khairul Fahmi atau lebih popular dengan panggilan Apek tidak menafikan misi utama skuad Olimpik negara adalah untuk menang mengerti lawan akan bangkit menghampakan mereka selepas seri 0-0 dalam perlawanan pertama, Ahad lalu.

Dia mengulangi betapa sokongan penyokong tempatan amat diharapkan dapat membanjiri Stadium Nasional malam esok bagi tujuan menyuntik semangat kepada skuad muda negara berjuang dan menghalang kemaraan lawan pimpinan Samir Saad.

Pada pusingan pertama Mac lalu, pasukan kendalian Ong Kim Swee itu menewaskan Pakistan dengan agregat 2-0 untuk memburu laluan ke Sukan Olimpik.
Kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik ialah pada 1980 di Moscow tetapi kerajaan Malaysia memboikot temasya itu kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.

Khairul menasihatkan rakan sepasukan sentiasa bersedia khususnya di bahagian serangan bersiap bersedia mengaut peluang depan mata.


Rabu, 22 Jun 2011

sinopsis Drama Keranamu Laila!Izara Aishah

assalamualaikum...
 malam ni nk post satu lagi citer yang agak menarik bagi aku...best la...kalo x best tkkan ak layan kan???hhahaha...yang aku minat tu kat pelakon heroin nye...Izara Aishah name diberi yang melakonkan watak Laila...muka dia mmg ala2 pan asian gitu..cntek sgt..hahaha..nk gak approach dia kalo dpat..hahaha...layan kan...woooopppp...


Drama Ustaz Amirul sudah berakhir dan kini digantikan pula dengan slot Zehra yang baru iaitu Keranamu Laila.Seperti biasa waktu tayangannya adalah pada setiap jumaat pukul 9 malam di Slot Zehra TV3.



Sinopsis:

KERANAMU LAILA mengisahkan konflik hidup Tan May Ling (May), wanita naif yang dirundung malang setelah dikhianati dan ditinggalkan suaminya.

Hidup May bagaikan pusingan roda. Dia yang berasal daripada sebuah keluarga yang berada telah jatuh cinta dengan pekerja ayahnya, Fendi, namun ketika mereka sedang diulit bahagia, May menjadi mangsa rogol oleh sekumpulan lelaki yang disangka musuh papanya. Apa yang berlaku telah memberi tamparan yang hebat pada May, namun Alex mampu menarik nafas lega apabila Fendi menyuarakan kesanggupannya untuk mengahwini May. May kemudiannya memeluk Islam dan menjadi isteri Fendi yang sah.

Namun, kebahagiaan yang dimpikan oleh May untuk hidup bersama Fendi berkecai apabila Fendi mula meragui kandungan May. Fendi menganggap kandungan May bukan anaknya, sebaliknya hasil haram dari kejadian rogol tempoh hari. Fendi mendesak May untuk menggugurkan kandungan namun May enggan. Hubungan mereka mula berantakan. Kemelut semakin meruncing apabila Kamal tiba-tiba muncul dan mengakui yang anak di dalam kandungan May adalah hasil hubungan cinta mereka berdua. Kamal mengakui kononnya dia dan May adalah pasangan kekasih. Fendi rasa tercabar dan bertindak meninggalkan May ketika dia sedang sarat mengandung.

Rupa-rupanya, Fendi telah mengatur segalanya dan hanya mempergunakan May sebagai alat untuk membalas dendam terhadap Tauke Alex, ayah May yang dianggap sebagai penyebab kematian kedua-dua orang tuanya. May bertambah kecewa apabila mendapat tahu yang Fendi sebenarnya sudah berkeluarga sebelum mengahwininya. May nekad meninggalkan bayi di hadapan rumah Fendi kerana dia tidak mampu menyara anaknya, Laila. Walaupun Laila dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh isteri Fendi, Mazni, namun dia tidak dapat memaafkan ibu kandung yang sanggup membuang anaknya sendiri.

Masa telah berlalu dan kini, May menyara diri dengan hasil yang diperolehi dengan mengutip tin-tin kosong dan barang terpakai lain di lorong-lorong. May menerima simpati daripada seorang pemuda, Qayyum yang berkerja secara sambilan di sebuah cafe. Qayyum sering menyimpan tin-tin kosong untuk diserahkan kepada May. Setiap kali terdengar laungan azan dari masjid berdekatan, May tertarik mendengarnya. May merahsiakan pegangan agama daripada pengetahuan kawannya, Salimah kerana dia berasa malu pada dirinya yang jahil tentang agama Islam.

Fendi pula telah berjaya dalam perniagaannya setelah menerima sejumlah wang daripada Tauke Alex. Di sebalik aktiviti amal yang rancak dijalankan, Fendi sebenarnya mengharapkan penganugerahan pangkat dan bukannya ikhlas untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik. Fendi juga pandai menyembunyikan hubungannya bersama May daripada pengetahuan isterinya, Mazni. Mazni hanya mengenali May sebagai anak Tauke Alex yang telah menghilangkan diri selepas tragedi keluarganya.

Laila yang kini dewasa mengharapkan cinta daripada Qayyum tetapi Qayyum hanya menganggapnya sebagai kawan. Laila mula kecil hati dengan May kerana Qayyum lebih memberikan perhatian kepadanya. Apa yang Laila tidak tahu ialah May sebenarnya merupakan ibu kandungnya. May pula telah membuka hatinya kepada Allah dan mula mempelajari agama Islam daripada Salimah. May sentiasa berdoa agar dapat bertemu dengan anaknya suatu hari nanti tanpa mengetahui Laila ialah bayi yang ditinggalkan olehnya. Rahsia yang terpendam bertahun lamanya kini akan terbongkar apabila Fendi bertemu semula dengan May. Dapatkah Laila memaafkan dan menerima May sebagai seorang ibu? Apakah yang akan terjadi kepada Fendi, May dan Mazni? Adakah Qayyum akan menerima cinta Laila?

sinopsis drama Ana Lu'lu

assalamualaikum..

arini rase amat bengong skali kerana tk taw nak wat ape???pening tol kepala...hahaha
jadi ak nk kongsi la sikit tntg satu citer ni....layan je la....woooppp..

menggantikan Asmara 2 dlm slot Lestary yang sudah bermula selasa ,7 jun yang lalu.Di bintangi Nora Danish, Kamal Adli, Adey Syafrien, Sharifah Sakinah, Zarina Zainuddin dan Mustapha Kamal.



Sinopsis:

ANA LU’LU mengisahkan Ana Lulu (Nora Danish), seorang gadis periang yang sering tampil dengan cara berpakaian pelik dan menarik perhatian orang untuk memerhatinya. Ana bekerja sebagai pembantu jurujual di sebuah kedai bunga bersama seorang kenalan baru, Bunga (Wawa). Konflik percintaan bermula apabila Harris (Kamal Adli) telah jatuh hati terhadap Ana. Walau bagaimanapun, Ana sedang menyulam cinta dengan Fadzil (Adey Syafrien) tanpa menyedari Fadzil sering mempergunakannya demi wang.




Selasa, 21 Jun 2011

memetik kelapa waktu petang sambil minum la..

ASSALAMUALAIKUM..

Fuh!!!lega betol dapat minum air kelapa muda...petik sendiri wooo...hahaha...memang gembira kalau bersama keluarga tercinta..nk kait kelapa ni nmpak macam mudah...tp bukan la sesenang yang disangka..silap2 kene hentam kepala dengan kelapa..hahaha..tp kan ak mmg pernah la kene hentam kepala aku ngn kelapa...lame dah...

Time tuh mmg x jangka la...tengah syok2 ayah ambek klape..ak lepak la diri bawah pokok pisang..tp poko pisang tu x jaoh ngn pokok klapa yg memangnye tinggi...tiba2 je kepala ak dihimpap sesuatu..fuhhh,,pening kepala aku..biol la kejap aku...sampai ak x bole diri la kejap..huhuhu...sedey2...tp tu semua pengalaman...tp naseb baek xde ape...hahaha

ni la gaya nk menagait kelapa la konon..tah ape yang nak jolok kan tah...layan kan je..guna kera lg senang..hahaha

ni  tengok da macam gaya nak maen lompat galah je da...ni  bole masok olimpik kalo lepas lompat pokok kelapa tu..hahaha..woooopp..

mase untuk kopek kelapa la...da penat kait kite minum air kelapa muda la plak..ayah yang kopek kelapa tu..ak backup dari belakang je...mane taw ayah nak tukar bile 2nd half..hahaha..woopp

tu dia...muka2 nk tunggu mengorek isi kelapa...masing da dambakan isi kelapa...hahaha..yang baju kuning tu jeling2 macam x puas ai je...hahahah..wooooopp..

hah...kusyuk betoi....seperti biasa ak support diorg dari belakang...chaiyok2!!!

masing2 suke je dapat minum kelapa...mak pulak asik tunggu nk tukar bekas...byk betol air nye...tu yang cepat  penuh...

pakar memakuk kelapa yew...master dalam memecah kn kelapa tahap dewa..hahaha...

muka cam ape je...sapai ngntok2 korek isi kelapa..jgn melelh isi kelapa dah la...huhu..muntah ak karang..wwoooopppp..

maintan ayu ye....



haaaaa...tu je la utk aktiviti kluarga arini....makan kelapa...tp bukan kepala ye....

Sergeant Keroro Cari Krew Baru..


PERHATIAN!!!

INI ADALAH STICKY POST


*********
hello good looking boys and noisy girls, hiho~


kali ni, seperti yang diwar-war kan sebelum ni, keroro nak buat bloglist baru selain Keron Highest Council, dan juga Pekopon Allies. nama bloglist baru ni, Keroro Crew.


dan seramai 100 orang krew diperlukan, dan tarikh tutup bloglist ini ialah bila mencapai 100 krew.


syarat penyertaan ;


1. letak header blog ini dan link kan ke entri ini. buat tajuk, " Sergeant Keroro Cari Krew Baru".
2. dah siap? tag 2,3 orang rakan anda
3. step ke 2 optional ye
4. kalau boleh, letak la blog keroro dalam bloglist anda ye
5. letak link kat ruangan komen entri ini.


oh ye, kepada mereka yang sudah dalam bloglist KHC atau PA, digalakkan untuk menyebarkan dan membantu Sergeant Keroro ye. hihi~


sekian,


ciaossu!!




sinopsis Drama Dewa Cinta

haha..kembali lagi..ni citer yg laen pulak..cite ni ak x berapa nak tgk lg...sebab x sempat je...tp layanla sinopsis dia ni..wooopppp...

Adaptasi dari Novel Muzikal - Dewa Cintaku
mula 20 Jun, Isnin - Khamis
terbitan Suhan Movies
total 24 Episod. Dibintangi Iqram Dinzly dan Fasha Sandha.
Sinopsis:
Iqbal dan June masing masing ada sejarah hitam kerana menjadi mangsa perpecahan keluarga, mereka hilang kasih sayang, June pula pernah dikecewakan oleh kekasihnya. June sukar menerima cinta lelaki. Iqbal terpisah dari kasih sayang ibu dan kakak kandungnya sebab dari kecil bapanya dah bawa lari dia dari ibunya. Iqbal dibesarkan dalam keluarganya mewah dan kaya raya, dari kecil hingga remaja dia disuruh pentingkan pendidikan dan dia mewarisi pernigaan keluarga.

Iqbal masih teringatkan ibu dan kakak kandungnya, dia berusaha untuk menjejaki mereka. Iqbal dijodohkan dengan Selena tapi Iqbal tidak berminat selagi dia tak menemui ibu dan kakak kandungnya. Dalam pencariannya tu dia berkenalan le dengan penyanyi rock kelab malam bernama June. June ni jauh lebih tua dari Iqbal, Iqbal jatuh cinta dengan June tapi June ni jual mahal lak.

Iqbal berusaha mendapatkan cinta June, akhirnya berjaya jugak le, sebab dalam diam June ni pun memang menaruh hati kat iqbal..ahaks!! Mereka akhirnya bertunang walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan, dari Selena dan jugak jarak umur. Sebulan lagi mereka dua ni nak kawin, Iqbal pun dapat tau yang June ni ialah kakak kandungnya.

sinopsis Drama Stanza Cinta

ASSALAMUALAIKUM...
ni ak nk citer ckit pasal drama baru yg ade kat tv3..meh la layan ckit ape cer nyee....wooooppp...


stanza cinta akan menemui penonton tv3 setiap Ahad, mulai 19 Jun 2011,jam 9.00 malam selama 13 episod. drama yang diadaptasi dari novel Stanza Cinta yang dikarang oleh penulis muda, Nurull Halawati.


Sinopsis:

drama Stanza Cinta ini membariskan pelakon ternama Aaron Aziz sebagai Irfan, Nur Fathia sebagai Amni Sorfina dan juga Fizz Fairuzz sebagai Taufik untuk membintangi watak uatama drama terbitan Grand Brilliance serta Along Kamarudin sebagai pengarah drama ini.

Amni Sorfina hanyalah seorang wanita akhir zaman yang sedaya upaya untuk menjadi solehah. Namun..jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak dan tidak pernah tenang. Ujian itulah teman baik yang selalu mengikutnya kemanapun dia melangkah.

Ketika bahagia mula menyapa dirinya, tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatinya. Seolah-olah istilah bahagia itu bukan untuknya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisinya.

Apakah Amni akhirnya berada disisi Taufiq…seorang lelaki yang begitu dicintainya, lelaki soleh yang mula mengajar Amni makna cinta sejati? Atau Irfan Ikmal yang selalu hadir dengan cinta yang luhur dan suci untuk Amni. Mestikah dia memilih cinta ini? Tidak bisakah dia mengecapi bahagia tanpa perlu menyakiti insan lain?


Isnin, 20 Jun 2011

Olimpik Lubnan 0-0 Olimpik MALAYSIA | Highlight


Perlawanan yang berlagsung malam semalam pada pukul 10 di Stadium Camille Chamoun Sport City,Beirut merupakan pertemuan antara malaysia menentang lubnan dalam misi memenangi kempen kelayakan pra-olimpik untuk melayak skuad ke sukan olimpik berkesudahan dengan seri 0-0.


walaubagaimanapun, malaysia akan bermain dalam perlawanan timbal balik dengan melayan kunjungan skuad lubnan yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit jalil. kejayaan skuad harimau mengikat kedudukan lubnan di beirut bakal memberi peluang buat skuad Ong Kim Swee untuk mencatat kemenagan bergaya di laman sendiri.


kita mengharapkan skaud harimau malaya mampu memberikan persembahan yang lebih meyakinkan dan mampu menjaringkan gol pada khamis ini,23 jun 2011. Diharapkan Ong Kim Swee dapt mencongak strategi yang lebih menarik disamping memanfaatkan aksi di laman sendiri...semoga berjaya harimau malaya...





highlight perlawanan olimpik lubnan vs olimpik malaysia..




KATA2 HIKMAH SEMPENA HARI2 BAPA INI....JUST FOR U...

BRAINYQUOTE


Quote of the Day
One father is more than a hundred schoolmasters.
George Herbert

Love Quote of the Day
You don't have to deserve your mother's love. You have to deserve your father's.
Robert Frost

Art Quote of the Day
The portrait of my parents is a complicated one, but lovingly drawn.
Joyce Maynard

Nature Quote of the Day
My father considered a walk among the mountains as the equivalent of churchgoing.
Aldous Huxley

Funny Quote of the Day
My father would take me to the playground, and put me on mood swings.
Jay London 

Ahad, 19 Jun 2011

Keputusan Undian Pusingan Ke-2 Kelayakan Olimpik 2012 (Zon Asia) dan Kelayakan Piala Dunia 2014

Berikut adalah keputusan undian bagi perlawanan pusingan kedua kelayakan Sukan Olimpik 2012 bagi Zon Asia dan juga keputusan undian bagi Piala Dunia 2014 dimana pasukan Harimau Malaya bakal bertemu.
diharapkan malaysia mampu membuat kejutan walaupon prestasi skuad olimpik diragui akibat keputusan perlawanan persahabatan yag kurang meyakinkan...tapi, malam ini diharapkan malaysia mampu menepiskan keraguan rakyat malaysia dengan memenangi perlawanan malam ni...gud luck...



berdasarkan rekod tanpa kalah skuad piala dunia dalam perlawanan persahabatan antarabangsa memberi  harapan positif bahawa kita mampu untuk pergi lebih jauh. walaubagaimanapun, dalam bola sepak macam2 bole berlaku...semoga berjaya malaysia..




Undian yang agak baik buat skuad bolasepak Harimau Malaya. Sama-sama kita doakan skuad Olimpik dan skuad senior bolasepak Harimau Malaya dapat mara lebih jauh nanti. Malaysia Boleh!!


keputusan yang dijangkakan aku  malam ni: malaysia 1-0 lubnan


Sekiranya Malaysia berjaya mengatasi Chinese-Taipei, Malaysia bakal bertemu dengan Singapura nanti pada 23 Julai dan 28 Julai nanti.


Keputusan undian bagi negara lain boleh rujuk kat sini. [sumber]

Malaysia Vs Myanmar | Friendly Match | 2011 | 2-0 .wmv








assalamualaikum...selamat kepada semua peminat bola sepak malaysia....arini mmg ak gembira dan bangga melihat kemenengan skuad malaysia....walaupon gol agak cikaigak la...tp serangan skuad harimau malaya ni makin mengancam...patot da bole gol 2-3 biji lagi tu..tp xde luck lak kan....papepon...tahniah malaysia...

nnti kita akn bertemu taiwan pada 29 JUN 2011 ini untuk perlawanan kelayakan piala dunia pusingan kedua....ak harap malam tu skuad kita x akan menghampakan harapan rakyat malaysia...malaysia mmg bolehh..yeah...ahahahahah


Perlawanan Persahabatan Antarabangsa A
18 Jun 2011 (Sabtu)
Malaysia2-0Myanmar8.40mlm, Std Sultan Mohammed Ke-IV, Kota Bharu