BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 28 Julai 2011

Malaysia menentang Singapura | 28 Julai 2011

ASSALAMUALAIKUM...

ape kabar semua peminat bola sepak tanahair??? sudah agak lame Nazr tidak meng"update" blog ni...Jadi kesempatan ini ingin melahirkan rasa berbangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh malaysia ketika menentang Singapura sewaktu di Stadium Jalan Besar. Walaupun dibolosi sebanyak 4 gol pada separuh masa pertama. Namun di susuli dengan layangan kad merah terhadap kapten serta perancang skuad negara iaitu Safiq Rahim kerana didakwa mengasari lawan pada minit 49..Namun, tuah memihak kepada malaysia apabila pemain pertahanan Singapura dilayangkan kad kuning kedua....

Dengan semangat juang yang tinggi, Malaysia mampu menambah gol dalam masa 5 minit hasil jaringan Hadi Yahya dan Safee sali. singapura juga mampu menambah satu lagi gol dan berakhir dengan keputusan 5-3. Dengan defisit 2 gol, mampukah Malaysia menumbangkan Singapura???Namun harus diingatkan bahawa malaysia membawa bekalan 3 gol di tempat lawan yang seharusnya digunakan sebaik nya...
















MENCARI dua gol dalam pertemuan dengan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini sebenarnya bukan satu misi yang sukar buat skuad bola sepak negara.

Tewas 3-5 pada aksi pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 minggu lepas tidak seharusnya menjadi alasan buat Malaysia menyerah kalah sebelum berjuang.

Sebaliknya, tiga gol yang dihasilkan di tempat lawan itu seharusnya dianggap sebagai kelebihan dan dijadikan azimat kepada anak-anak buah Datuk K. Rajagobal untuk meruntuhkan keegoan Singapura.

Apa yang paling penting adalah kawalan ketat kepada pemain import berusia 41 tahun, Alexandar Duric. pemain ini nampak mudah melepasi pertahanan Malaysia.


video streaming akan diberikan sebelum permainan bermula...jadi tunggu!!!!







0 ulasan:

Catat Ulasan