BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 21 Jun 2011

sinopsis Drama Stanza Cinta

ASSALAMUALAIKUM...
ni ak nk citer ckit pasal drama baru yg ade kat tv3..meh la layan ckit ape cer nyee....wooooppp...


stanza cinta akan menemui penonton tv3 setiap Ahad, mulai 19 Jun 2011,jam 9.00 malam selama 13 episod. drama yang diadaptasi dari novel Stanza Cinta yang dikarang oleh penulis muda, Nurull Halawati.


Sinopsis:

drama Stanza Cinta ini membariskan pelakon ternama Aaron Aziz sebagai Irfan, Nur Fathia sebagai Amni Sorfina dan juga Fizz Fairuzz sebagai Taufik untuk membintangi watak uatama drama terbitan Grand Brilliance serta Along Kamarudin sebagai pengarah drama ini.

Amni Sorfina hanyalah seorang wanita akhir zaman yang sedaya upaya untuk menjadi solehah. Namun..jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak dan tidak pernah tenang. Ujian itulah teman baik yang selalu mengikutnya kemanapun dia melangkah.

Ketika bahagia mula menyapa dirinya, tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatinya. Seolah-olah istilah bahagia itu bukan untuknya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisinya.

Apakah Amni akhirnya berada disisi Taufiq…seorang lelaki yang begitu dicintainya, lelaki soleh yang mula mengajar Amni makna cinta sejati? Atau Irfan Ikmal yang selalu hadir dengan cinta yang luhur dan suci untuk Amni. Mestikah dia memilih cinta ini? Tidak bisakah dia mengecapi bahagia tanpa perlu menyakiti insan lain?


0 ulasan:

Catat Ulasan