BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 29 Jun 2011

PERLAWANAN MALAYSIA LAWAN TAIWAN KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014|TIKET PERLAWANAN





Hari ini akan berlangsungnya perlawanan antarabangsa antara Malaysia vs Taiwan di Stadium Bukit Jalil.Pasti ramai impikan kejayaan daripada squad Piala Dunia setelah squad kelayakan ke sukan Olimpik membuktikan kehebatan mereka dengan mengalahkan Lubnan baru-baru ini.

Perlawanan antara Malaysia vs Taiwan ini pasti menarik kerana kelibat Safee Sali pasti akan memberikan tekanan kepada pasukan Taiwan.Menurut jurulatih mereka,mereka amat berwaspada dengan kehadiran permain berbisa Malaysia itu dan akan sentiasa mengawasi Safee sali.

Rajagopal telah memanggi beberapa pemain dari skuad olimpik seperti Khairul Fahmi , K. Gurusamy sera beberapa lagi pemain bagi mematapkkan lagi entera skuad Harimau Malaya...

Yang terbaru Nazr mendapat berita bahawa penjaga gol utama,Khairul Fahmi(Apek)dijangka tidak beraksi pada perlawanan ini kerana mengalami kecederaan dibahunya.Punca Apek mendapat kecederaan ini akibat dari perlawanan Malaysia menentang Lebanon tempoh hari.

Tapi keputusan Apek untuk beraksi atau tidak adalah ditangan jurulatih kebangsaan K.Rajagopal.Kalau ditakdirkan Apek tidak dapat beraksi,Sharbinee Allawee atau Nasril Nourdin dijangka akan mengalas tugas mengawal gawang gol negara daripada dibolosi

Jika dilihatkan pada perlawanan Harimau Malaya pada sebelum ini,Harimau Malaya dijangka mampu menewaskan Taiwan kerana jika mutu permainan yang konsisten dipertingkatkan lagi kita mampu memperolehi kemenangan pada 29 Jun ini.

Dalam Bola Sepak segalanya boleh terjadi,kita sebagai peminat bola sepak tanahair hendaklah memberi sorokan semangat kepada pasukan kebangsaan.Ayuh kita ramai-ramai pi terjah Stadium Bukit Jalil esok,untuk memberi sokongan padu!!!!

Info mengenai Tiket Perlawanan

Tarikh Perlawanan: 29 Jun 2011
Masa: 8.45 malam
Tarikh Penjualan Tiket: 29 Jun 2011 bermula jam 3 petang.
Tempat: Stadium Nasional Bukit Jalil
Harga: RM 20 dan 30 bagi Grandstand.        

Jika anda tidak dapat menyaksikan perlawanan malam ini di stadiumatau dikaca tv...anada boleh menonton secara streaming disini..          

0 ulasan:

Catat Ulasan