BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 23 Jun 2011

Perlawanan Kelayakan Sukan Olimpik 2011(pusingan kedua)

ASSALAMUALAIKUM...

sudah tentu rakyat malaysia menanti dengan penuh debaran perlawanan malam ini yang menjadi titik tolak kejayaan Malaysia untuk mara ke pusingan seterusnya..Dengan kejayaan skuad Malaysia mengikat kedudukan di Beirut..Malam ini skuad Malaysia turun dengan misi ingin memburu gol awal...Namun,dalam keghairahan memburu gol awal, Ong Kim Swee mengingatkan anak buahnya supaya mengelak gawang sendiri pula yang dibolosi lebih awal apabila berdepan Lebanon pada aksi timbal balik Kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

jaringan awal oleh pasukan lawan bakal memusnahkan peluang skuad negara, kerana ia pastinya menyukarkan pemain untuk bangkit.Oleh itu, pemain seharusnya menggunakan peluang beraksi di laamn sendiri. kepada semua penyokon malaysia seharusnya memberi sokongan padu kepada pemain kita dengan datang beramai-ramai ke Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini..Jika tiada kesempatan, anda boleh menonton menerusi Astro Arena,801.




Malaysia vs Lebanon

(Perlawanan bermula 8:45mlm)
Stadium Nasional, Bukit Jalil

Saksikan perlawanan Olimpik London 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ni jam 8.45 malam. Bagi yang tak dapat pergi ke stadium boleh saksikan secara online di sini nanti


Free Videos by Ustream.TV


Penjaga gol skuad kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (kiri) menjalani latihan bersama dua lagi rakan sepasukan di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam, menjelang perlawanan Kelayakan Olimpik menentang Lebanon, hari ini. - UTUSAN/Azrul Edham Mohd. Aminuddin
Kapten skuad Olimpik percaya jaringan pantas mampu sentap Lubnan esok

ANDAI gol awal mampu diledak membolosi gawang Lubnan, peluang Malaysia layak ke pusingan ketiga kelayakan Olimpik adalah cerah.

Itulah firasat diluahkan kapten pasukan, Khairul Fahmi Che Mat yang mahu rakan sepasukan, khasnya jentera serangan tampil memburu jaringan awal dalam perlawanan kedua, pusingan kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil, esok.

“Kami sudah bersedia mengasak kubu lawan cari gol awal dan ketika sama akan mengawal ketat benteng pertahanan,” kata penjaga gol utama dari Kelantan itu.
“Saya dan semua rakan sepasukan bertekad mahu memburu kejayaan menentang Lubnan di gelanggang sendiri. Kami tidak rela menghampakan semua penyokong negara dan berazam layak ke pusingan ketiga sebagai hadiah kepada seluruh rakyat Malaysia.”

Khairul Fahmi atau lebih popular dengan panggilan Apek tidak menafikan misi utama skuad Olimpik negara adalah untuk menang mengerti lawan akan bangkit menghampakan mereka selepas seri 0-0 dalam perlawanan pertama, Ahad lalu.

Dia mengulangi betapa sokongan penyokong tempatan amat diharapkan dapat membanjiri Stadium Nasional malam esok bagi tujuan menyuntik semangat kepada skuad muda negara berjuang dan menghalang kemaraan lawan pimpinan Samir Saad.

Pada pusingan pertama Mac lalu, pasukan kendalian Ong Kim Swee itu menewaskan Pakistan dengan agregat 2-0 untuk memburu laluan ke Sukan Olimpik.
Kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik ialah pada 1980 di Moscow tetapi kerajaan Malaysia memboikot temasya itu kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.

Khairul menasihatkan rakan sepasukan sentiasa bersedia khususnya di bahagian serangan bersiap bersedia mengaut peluang depan mata.


0 ulasan:

Catat Ulasan