BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 11 Julai 2011

Solat lima waktu - 80 peratus tidak mengerjakannya..

Assalamualaikum..

Kaifa haluka???hehehe..mksudnya ape kabar??harap cihat..arini Nazr nk cuba kongsikan sesuatu yang dasat sedang melanda manusia akhir zaman. Bile Nazr bace artikel ni Nazr rase cam takut..meremang bulu roma...ye la..Nazr pon blum ckup lgi amal ibadat.bile mendapat perkabaran ini membuatkan Nazr rase mcm kematian tu makin dekat...Astaghfirullah...kepada mu ya Allah...aku bermohon keampunan dan hidayah kepadamu...Moga diberi petunjuk oleh Mu untuk mendapat keredhaan Mu....aminnnnnnnnnnn...T_T



"Solat lima waktu - 80 peratus tidak mengerjakannya"

(Dato Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah).

SOLAT atau sembahyang merupakan ibadat yang amat penting bagi setiap Muslim
yang mukalaf kerana ia adalah fardu ain. Ini diperkuatkan dengan sebuah hadis
Nabi yang bermaksud: Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat
bererti mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat bererti ia
meninggalkan agama.Pun begitu, pakar motivasi dan penceramah bebas terkemuka,
Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, mendedahkan 80 peratus umat Islam di Malaysia
masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari. Peratusan angka ini
diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan
motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya
hidup masyarakat Islam masa kini.

``Mereka boleh berada di padang bola lebih dari satu jam, peniaga pasar malam
terlalu sibuk melayan pelanggan sehingga terlupa menunaikan solat biarpun hanya
mengambil masa 15 atau 20 minit. ``Malah ada juga yang sanggup membuang masa di
pusat membeli-belah, pusat karaoke, menyaksikan konsert, menonton perlawanan
bola sepak, terlibat dengan lumba motor haram selama berjam-jam tetapi
mengabaikan taklif agama yang mengambil masa pendek,'' kata Dr. Fadzilah dengan
suara tersekat-sekat menahan sebak pada majlis pelancaran album motivasinya
yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di Jalan Pahang, Kuala Lumpur,
baru-baru ini.

Tambah beliau, hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu
cukup lima waktu dalam sehari. Jumlah ini terlalu kecil sekiranya dibandingkan
dengan jumlah penganut agama Islam di negara ini. Lebih menyedihkan, senario
yang berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah, iaitu hanya 15 peratus
sahaja mengakui bersembahyang lima kali sehari. Kekecewaan dan kebimbangan
Dr. Fadzilah jelas tergambar apabila beliau tidak dapat membendung air mata dan
menangis, membuatkan hadirin tergamam seketika. ``Biarpun masa yang diperlukan
itu pendek, tetapi banyak orang yang ingkar untuk melakukannya kerana tidak
menghayati ibadah tersebut, natijah daripada tidak ada latar belakang
pembelajaran agama.``Kewajipan solat sering dipandang remeh atau dianggap tidak
ada nilai sensasi untuk diketengahkan kepada umum. ``Namun hakikatnya, ia
terpaksa disampaikan ke pengetahuan semua kerana saya khuatir umat Islam akan
menuju kehancuran apabila umatnya sudah seperti penganut agama lain yang
sembahyang mengikut kehendak sendiri atau suka-suka sahaja,'' terang beliau.

Kata Dr. Fadzilah lagi, kepincangan ini terpikul di bahu setiap individu Islam
itu sendiri, bak kata pepatah Melayu, tepuk dada tanya hati.Di dalam al-Quran,
banyak firman Allah yang memerintahkan kita mengerjakan solat, antaranya dalam
surah al-Baqarah ayat 43 yang bermaksud: Dan dirikanlah kamu akan sembahyang
dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang
yang rukuk.Ini menjelaskan kepada kita bahawa orang yang menunaikan solat
sebenarnya telah menunaikan tanggungjawabnya dan dikasihi oleh Allah dan
rasul-Nya kerana mengikut ajaran Islam. ``Semua pihak kena peka terutamanya
ibu bapa kerana tidak menerapkan kewajipan ini menjadi amalan harian di dalam
diri anak-anak. ``Rasa kasihan untuk mengejutkan anak solat Subuh merupakan
salah satu contoh kerugian besar dan cara yang salah dalam mempamerkan kasih
sayang kepada anak. ``Sebenarnya di dalam solat manusia diajak untuk
mengabdikan diri kepada Allah. Selain itu, solat merupakan benteng diri
daripada melakukan perkara-perkara mungkar. ``Orang yang melakukan solat juga
mampu menjadi orang yang melaksanakan tanggungjawab kepada diri, keluarga,
masyarakat dan agama,'' kata Fadzilah.

Menurut beliau lagi, terdapat banyak sebab rapuhnya keimanan seseorang itu;
kerana suasana kerja, pengaruh teman-teman, pengaruh luar yang tidak
menggalakkan dan sebagainya. Namun, punca sebenar berlakunya demikian ialah
kerana tidak ada rasa tanggungjawab atau minat untuk menunaikan sembahyang,
kerana tidak memahami rahsia-rahsia keperluan sembahyang. Dr. Fadzilah mengakui
kebenaran bahawa manusia lebih peka menumpukan perolehan yang bersifat
material. ``Allah s.w.t. menyuruh agar manusia menjadikan dunia ini laluan bagi
kehidupan di akhirat, tetapi manusia sering mengeksploitasi hidup di dunia ini,
seumpama hidup yang kekal, menyebabkan mereka lupa hidup di akhirat dan
membelakangkan perintah-perintah-Nya,'' ujarnya. "






0 ulasan:

Catat Ulasan